Dramatic elements in plays


IN this session and the next we’ll discuss difficult parts of plays (drama) in the three anthologies. Let’s begin with the plays in ANAK BUMI TERCINTA, the Forum III anthology.  

In 'Asar Belum Berakhir' by A. Rahim Abdullah, apakah pengajaran utama

 

A. Kita harus menggunakan harta dengan bijaksana dan untuk kebaikan. 

B. Kita patut menasihati orang yang telah melakukan kesalahan. 

C. Kita hendaklah bertaubat dan hidup menurut perintah Tuhan sebelum terlewat. 

D. Kita sewajarnya mengasihani dan membantu orang cacat. 

 

Option D is clearly wrong. Yatim is blind but it’s not true that the playwright (penulis drama) wants us to feel sorry for him and help him. 

 

Dalam drama ini, Yatim digambarkan sebagai seorang yang gigih dan rela menerima kecacatan penglihatannya. Dia tidak memerlukan belas kasihan atau bantuan, malah dia yang menghulurkan simpati serta pertolongan dalam bentuk nasihat rohaniah kepada orang lain, termasuk Orang Tua. 

Pilihan A dan B merupakan pengajaran teapi bukan pengajaran utama. Pilihan A tidak cukup luas, hanya tentang harta. Pilihan B pula cuma menasihati orang. Pengajaran utama, ynag luas dan lengkap, ialah C. Selalunya juga, pengajaran utama berkaitan dengan tajuk: ‘Asar belum berakhir’ melambangkan bahawa masa masih ada untuk bertaubat. 

 

In ‘Adik Berjasa’ by A. Rahman Hanafiah, the relationship and difference of character between Hassan and Nazim can be tricky. You may be given the dialogue on page 167 and asked:  

 

Hubungan serta perbezaan watak antara Hassan dan Nazim dalam drama ini adalah: 

 

A. Nazim memandang rendah kepada Hassan kerana Nazim lebih berani. 

B. Nazim mengusik Hassan kerana Hassan agak penakut. 

C. Nazim dengan Hassan usik-mengusik tentang soal berani dan berhati-hati. 

D. Nazim dan Hassan saling cuba mengatasi serta tidak bersatu hati.  

 

Pilihan A tidak benar. Nazim berkata kepada Hassan ‘Dulu kau kata nak jadi askar, perajurit?sekarang?sekarang baru...er?er’ 

Kata-kata ini tidak bernada menghina atau memandang rendah, hanya mengusik kawan. Pilihan B juga tidak tepat kerana Hassan bukannya penakut, cuma berhati-hati, sebagaimana dijelaskannya, malah disetujui oleh rakan Nazim dan Hassan iaitu Murad. Pilihan D ternyata tidak betul kerana perkembangan seterusnya dalam drama ini menunjukkan mereka bersatu hati dan bekerjasama. Jawapannya ialah pilihan C: dalam petikan ini Nazim mengusik Hassan tentang soal berani dan berhati-hati, dua muka surat kemudian dalam drama ini Hassan pula mengusik Nazim tentang perkara yang sama. 

 

In ‘Jalan Sempit by Amelia Hashim, study page 205, from Leman’s first speech to his last speech, then try to answer the following question: 

 

Teknik penceritaan yang digunakan dalam petikan ini ialah 

 

A. kejutan yang lucu 

B. saspens dan kejutan 

C. saspens jenaka 

D. saspens dan antiklimaks yang lucu 

 

Pilihan A, B dan C tidak lengkap kerana A tiada ‘saspens’, B tiada ‘lucu’ atau ‘jenaka’, manakala C tiada ‘kejutan’. Pilihan D mungkin menjadi tanda tanya kepada pelajar yang tidak pernah mendengar istilah ‘antiklimaks’. Anda semua faham akan erti ‘klimaks’, bukan? Selalunya ‘klimaks’ digunakan bagi puncak atau kemuncak plot. Dalam teknik penceritaan juga, ‘saspens’ biasanya semakin meningkat ke suatu ‘klimaks’ yang hebat. Apabila ‘klimaks’ yang dinanti-nantikan itu suatu kejutan yang mengecewakan, kesannya lucu dan istilahnya ‘antiklimaks’.  

Saspens yang dibina dengan kata-kata Munirah yang tersangkut-sangkut ‘Dia?dia?dia?’ dan ‘Kemudian dia ?pegang?pegang?’ berakhir dengan ‘antiklimaks’ iaitu, ‘Dia pegang kaki saya’. Penonton yang menunggu-nunggu sesuatu yang dahsyat terus kecewa lalu ketawa kerana hanya kaki yang dipegang. Jadi, jawapannya ialah D. 

 

Let’s say you are given the last part of ‘Jalan Sempit’ , from the Penghulu’s last speech on page 213 to the end of the play on page 214. 

 

Soalan: Bantahan Lebai Dahaman melambangkan 

 

A. sikap mementingkan diri sahaja. 

B. sikap tidak mempedulikan kepentingan orang ramai. 

C. sikap mengenang jasa nenek moyang 

D. sikap cinta akan tanah air warisan nenek moyang 

 

When you see the word ‘lambang’, ‘melambangkan’, ‘simbol’ or ‘menjadi simbol’, look for a deeper, wider meaning. What’s being defended here is not just a piece of land but one’s country. (The answer is D.) 

We’ll go on to the plays in the Form II anthology, SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA. In ‘Penunggu Pusaka’ by Zakaria Ariffin, take a close look at page 123, in case your petikan is from there. 

 

Soalan: Melalui petikan ini, penulis bertujuan 

 

A. menunjukkan watak seorang bomoh yang pandai menipu. 

B. menunjukkan betapa seorang yang ingin menipu diperdaya oleh seorang yang lebih pandai menipu 

C. menghapuskan kepercayaan masyarakat terhadap bomoh 

D. menghiburkan sambil menyampaikan pengajaran bahawa kita tidak harus tamak atau menipu. 

 

Pilihan A tidak lengkap kerana tidak termasuk watak Lambak. Pilihan C tidak tepat kerana terlalu menyeluruh, meliputi semua bomoh. Pilihan B lebih lengkap daripada Pilihan A tetapi D yang paling lengkap kerana menyebut ‘menghiburkan’ (dengan kelucuan) di samping menyampaikan pengajaran, juga ‘tamak’ selain ‘menipu’. Jawapannya D.  

 

Now, study page 121 and answer the following question:  

 

Berdasarkan petikan di atas dan bahagian lain drama ini, perwatakan Alang adalah 

 

A. tegas, tidak dapat dipujuk dan garang 

B. tegas dan tidak dapat dipujuk 

C. sukar dipujuk dan garang 

D. berpendirian teguh dan berperangai bengis 

 

Perhatikan, jawapan anda dikehendaki berdasarkan petikan di muka surat 121 dan juga bahagian lain drama ini. Lihat muka surat 127 dan 128. Apabila dipujuk oleh Lambak dengan merbuk bertuah yang bersisik 44 di kakinya, Alang berfikir dan kemudian berkata ‘Emm?aku?’ iaitu ada kemungkinan mengubah pendirian dan dapat dipujuk. Oleh itu, Pilihan A,B dan D tidak tepat. Jawapannya C. 

 

In the play ‘Angin’ by Basaruddin Abd Razak, the characters are Angin, Ribut, Matahari, Awan and Hujan, with SUARA LATAR representing Manusia. Let’s say you are given a petikan from Awan’s first speech on page 137 to the first Suara Latar on page 138. 

 

Soalan: Berdasarkan, petikan di atas, Awan menegakkan nilai-nilai berikut kecuali 

 

A. berbaik-baik 

B. menjaga nama yang harum 

C. membuktikan kewibawaan 

D. mengawal perasaan 

 

Pilihan A ternyata bukan ‘kecuali’ kerana Awan meleraikan pergaduhan. Pilihan D juga merupakan nilai yang ditegakkan oleh Awan apabila dia menasihati Matahari supaya bersabar. Bagaimana dengan Pilihan B? Ini juga termasuk dalam senarai nilai Awan yang tidak rela mereka dibenci, dicaci, dipanggil diktator atau digelar pemusnah. Pilihan C, ‘membuktikan kewibawaan’, adalah sikap Matahari yang mahu membuktikan kekuasaan dan kekuatan tenaga. Sikap ini ditentang oleh Awan. Jangan keliru tentang pilihan B dan C. Jawapannya ialah pilihan C. 

 

Study page 141 and page 142 up to Angin’s speech. Answer the question based on the petikan. 

 

Soalan: Berdasarkan petikan di atas, sikap manusia adalah seperti rakyat apabila para pemimpin berebut kuasa, iaitu 

 

A. mengambil kesempatan dengan menjanjikan sokongan kepada lebih daripada seorang pemimpin. 

B. berasa tersepit lalu berjanji akan menyokong dua orang pemimpin atau lebih yang menuntut sokongan. 

C. mudah terpengaruh oleh janji setiap pemimpin 

D. menjadi bingung maka tidak berbuat apa-apa 

 

Pilihan A tidak tepat, walaupun Ribut dan Angin menyangka manusia bersikap demikian. Manusia bukanlah mengambil kesempatan tetapi serba salah, sebagaimana ditulis oleh pengarang (dalam kurungan, muka surat 141, baris 9). Matahari dan Hujan masing-masing mengenakan tekanan kepada manusia iaitu mesti menyokongnya jika ingin mendapat bantuan. Oleh itu Manusia berasa tersepit lalu berjanji menyokong kedua-duanya (Pilihan B). Pilihan C tidak lengkap. Pilihan D benar setakat rasa bingung, tetapi tidaklah sampai lumpuh sama sekali. Jadi, jawapannya B. 

 

Think out your answer in case you are asked, based on the same petikan, to identify the gaya bahasa of bagai gergaji dua mata:  

 

A. simile  

B. simpulan bahasa 

C. perumpamaan 

D. metafora 

 

Don’t jump to the conclusion that the answer is ‘simile’ just because ‘bagai’ is used. It’s a ‘simile’ all right, but a traditional one called ‘perumpamaan’. Without ‘perumpamaan’ among the options (or ‘peribahasa’ , a general term), ‘simile’ would be the right answer. As it is, ‘perumpamaan’ wins. Drop ‘bagai’ and the phrase becomes a ‘simpulan bahasa’ . What about ‘metafora’? It doesn’t begin with ‘bagai’ or any of the synonyms: ‘seperti’, ‘ macam’, ‘ umpama’, ‘ laksana’, ‘ penaka’ and so on. So, the answer is C. 

 

We’ll continue looking at plays in our next session. 

Article type: metered
User Type: anonymous web
User Status:
Campaign ID: 1
Cxense type: free
User access status: 3
   

Did you find this article insightful?

Yes
No

Next In Education

Get more than just ACCA at Taylor’s
Covid-19: No new cases detected at USM hospital
Curriculum realigned to help students during Covid-19, says deputy minister
SSPN OFFERS UP TO RM8,000 TAX RELIEF
Don’t miss Star Virtual Education Fair
M’sian receives Mountbatten Medal
Free digital learning
PRODUCING INDUSTRY-READY GRADUATES
Quality students
Stuck to the screen

Stories You'll Enjoy