Reflecting on the nature of Man


  • Education
  • Sunday, 14 Sep 2003

By ADIBAH AMIN

LESSON 3 (Literature)  

TO answer questions on Noordin Hassan’s play, Jangan Bunuh Rama-Rama (Don’t Kill Butterlies) in the anthology called KERUSI, pages 113 to 127, first of all, you must relax. 

Don’t let the strange actions and words make you panic. As Nur Atma II says (last line of her speech on page 115), “Logik tak ada di sini.” The play is written in the style of anti-realisme atau abstrak. Watak-wataknya melambangkan sifat-sifat manusia. 

As we answer certain questions, you will understand what the playwright, Noordin Hassan, is trying to say. 

Let’s say you are given page 116 from the first speech of Nur Atma I until the last line of the page. 

 

1(a): Terangkan maksud Badut apabila dia berkata, “Jangan, jangan.” Nyatakan nilai di sini. 

Maksud Badut ialah melarang Nur Atma I mengejar seekor rama-rama. Ini berkaitan dengan tajuk drama iaitu “Jangan Bunuh Rama-Rama.” Nilai di sini ialah kasih sesama makhluk Tuhan, tidak kira manusia atau haiwan. 

 

1(b): Huraikan maksud: “Yang tertawa, terus tertawa. Yang menangis, tercari-cari.” 

Maksud Badut ialah bahawa orang yang tertawa dengan gembira, termasuk mereka yang geli hati melihat mukanya yang lucu, akan tetap begitu. Yang menangis ialah dirinya. Dia bersedih kerana tidak dapat menemui rama-rama yang telah membalas niat jahatnya dengan perbuatan baik. 

 

1(c): Ternyata di sini bahawa Badut dahulunya seorang Raja. Ceritakan sebab dia menjadi Badut. 

Raja sangat suka memburu rama-rama. Satu hari, untuk dijadikan perhiasan permaisurinya, baginda mengejar seekor rama-rama yang indah. Baginda tergelincir ke dalam sebuah kolam air mendidih. Rama-rama itu menyejukkan baginda dan air panas itu dengan kibasan sayapnya. Sebagai balasan membunuh rama-rama selama ini, warna-warna indah di sayap rama-rama tercelak di muka baginda untuk menggelikan hati anak-anak yatim, lalu Raja menjadi Badut. 

 

1(d): Komen tentang penggunaan gaya bahasa di sini. 

Perkataaan “bergelumang” dalam ayat “Dan tuan terus bergelumang mengasihani diri” merupakan metafora. Maksudnya Badut membiarkan dirinya bersedih-sedih mengenangkan nasib yang menimpanya. “Ada yang mengisah pelangi di langit, tetapi yang difahamkan pelangi di muara” juga metafora. Maksudnya Badut seolah-olah bercakap secara umum tetapi sebenarnya menyebut hal diri sendiri. “Hidup rasa seperti syurga” pula simile. Maksudnya Raja sangat bahagia. Semua gaya bahasa ini menambah keindahan dan kesan drama. 

Another passage you may be given is on page 119, the speeches of Nur Atma II and Nur Atma I. 

 

2(a): Apakah maksud ulangan “mana” dalam pertanyaan-pertanyaan Nur Atma II dan mengapakah kata-kata agama dimasukkan? 

Maksud ulangan “mana” ialah bahawa manusia sesat dalam kehidupan, tercari-cari. Nur Atma II, seperti Nur Atma I, melambangkan jiwa manusia. Kata-kata agama dimasukkan untuk menunjukkan kesedaran bahawa hanya agama dapat memandu manusia ke jalan yang benar. 

 

2(b): Apakah maksud kata-kata Nur Atma I? Siapakah yang dilambangkan oleh watak Juragan? 

Maksud kata-kata Nur Atma I ialah Juragan telah sesat baik di laut mahupun di darat. Juragan iaitu kapten kapal melambangkan pemimpin yang sesat dalam kehidupan, tidak dapat membawa dirinya dan orang yang dipimpinnya ke jalan yang benar. 

 

2(c): Siapakah yang mengambil berat tentang Juragan? Bagaimanakah masalah Juragan dapat diselesaikan? 

Nur Atma I dan Badut yang mengambil berat tentang Juragan. Nur Atma I bersimpati dengan penderitaan Juragan dan keadaannya yang tidak tentu arah. Badut menunjukkannya jalan yang benar iaitu mematuhi firman Tuhan. Masalah Juragan dapat diselesaikan apabila dia menerima jalan yang benar dan lurus itu, jadi tidaklah dia sesat lagi. 

Relations among human beings are dealt with in the scene between Askar and Orang Tawanan, with Nur Atma II chipping in, from Askar’s first speech on page 120 to Nur Atma II’s last speech on page 121. Let’s say you are given this scene in the exam. Try answering these questions: 

 

3(a): Mengapakah Askar memeluk Orang Tawanan dan membuka ikatannya, lalu mereka bertukar pakaian? 

Askar berbuat demikian kerana insaf apabila Orang Tawanan berkata “Pun Tuhanku, pun Tuhanku” dengan maksud mereka sebagai sesama manusia telah dicipta oleh Tuhan yang sama. Askar terus menyayangi Orang Tawanan, membebaskannya dan bertukar pakaian dengannya tanda persamaan mereka. 

 

3(b): Apakah peranan Nur Atma II dalam kisah Askar dengan Orang Tawanan? Nyatakan watak Nur Atma II yang tercermin di sini. 

Peranan Nur Atma II dalam kisah Askar dengan Orang Tawanan ialah menegaskan lagi keinsafan mereka tentang persamaan manusia kerana sama-sama ciptaan Tuhan. Dia berkata, 

“Tuhan daku Tuhan dikau 

Daku dikau dikau daku” 

iaitu oleh sebab kita mempunyai Tuhan yang sama, aku ialah engkau dan engkau ialah aku, tidak berbeza. Seterusnya dia menggunakan kata-kata yang agak berbeza tetapi sama maksudnya. Watak Nur Atma II yang tercermin di sini ialah mengambil berat, melibatkan diri, bijaksana, cepat mengerti sesuatu, menerangkannya dengan jelas, dan bersungguh-sungguh menegakkan ajaran agama tentang keesaan Tuhan serta persamaan manusia ciptaan-Nya. 

A complex character in the play is Wak Keletung. You may be given a passage featuring him, for instance, from page 121, fourth line from the bottom, to page 122, ninth line from the top. 

 

4(a): Nyatakan ciri-ciri Wak Keletung yang digambarkan dalam petikan ini. 

Dalam petikan ini, Wak Keletung diperkenalkan sebagai watak lucu, “bergerak terjongket-jongket macam Wak Long/Pak Dogol” (watak kelakar dalam wayang kulit). Di samping itu, niatnya hendak menembak imam baru dengan senapang yang dibawanya menunjukkan sifat keegoan serta hasad dalam dirinya pada hal dia seorang imam. Namun demikian, dia mendengar juga nasihat suara ghaib menyuruhnya bersabar, lalu mengubah haluan dan mula bercerita. 

 

4(b): Apakan ciri-ciri Wak Keletung dalam bahagian lain drama ini? 

Ciri-ciri Wak Keletung di bahagian lain drama ini termasuklah kegemarannya bercerita tentang kisah-kisah yang membawa pengajaran baik. Contohnya dia bercerita tentang Mek Bongsu dan bersama-sama mengisahkan sejarah hidup Bidan Tuk Mah; kedua-duanya menunjukkan pentingnya berkhidmat kepada masyarakat. Wak Keletung juga menasihati Orang Bertapa yang kehilangan cahaya supaya “sujud syukur” di tempat baru. Akhir sekali, Wak Keletung selaku berkhutbah menyampaikan panduan dari kitab suci. 

 

4(c): Bandingkan watak Wak Keletung dengan watak Orang Bertapa.  

Kedua-dua watak ini mempunyai ciri-ciri yang baik dan yang jahat dalam diri mereka. Wak Keletung dan Orang Bertapa kedua-duanya orang yang kuat beragama. Wak Keletung menjadi imam manakala Orang Bertapa berkata dia telah bertapa “ribu tahun.” Unsur jahat dalam diri Wak Keletung iaitu keegoan dan hasad dengki timbul apabila orang lain menjadi imam; sampaikan Wak Keletung mengambil senapang hendak membunuhnya. Ciri buruk dalam diri Orang Bertapa pula, iaitu hawa nafsu terhadap perempuan yang menarik, muncul ketika dia melihat wanita demikian. Wak Keletung tidak jadi membunuh imam baru kerana mendengar nasihat suara ghaib; ciri-ciri baiknya kuat semula, lalu dia menyampaikan pengajaran bersendikan agama melalui cerita dan secara langsung. 

Orang Bertapa pula kehilangan cahaya iaitu panduan Tuhan; sebenarnya setelah bertapa begitu lama dia tidak mendapat “embun rahmat” kerana hatinya kurang suci, masih dinodai nafsu. Namun, ada harapan bahawa aspek baiknya akan menjadi teguh jika dia mengikut nasihat Wak Keletung supaya pergi ke Tanjung Puspa dan “sujud syukur” di sana. 

The symbolic meaning behind Bidan Tuk Mah’s work as a midwife is important. If you are given a passage that includes this, you must answer carefully. The passage is the whole of page 124. 

 

5(a): Pada pendapat anda, apakah maksud Nur Atma I apabila dia berkata, “Tuk Mah, Atma minta lahir kembali.” 

Saya rasa maksudnya ialah dia ingin memulakan hidup baru yang bersih daripada dosa dan noda, seolah-olah dia dilahirkan semula sebagai bayi. Dia meminta Tuk Mah Bidan membantunya memulakan hidup baru itu. 

 

5(b): Sehubungan itu, apakah erti simbolik disebalik peranan Bidan Tuk Mah sebagai bidan? Bagaimana pula dengan kebolehannya mengubat orang termasuk diri sendiri?  

Erti simbolik di sebalik peranannya sebagai bidan ialah sebagaimana dia membantu bayi lahir ke dunia, begitulah juga dia menolong orang bertaubat dan meninggalkan kehidupan lama yang berdosa lalu memulakan hidup baru yang suci murni berpandukan ajaran agama. Kebolehan Tuk Mah Bidan mengubat orang termasuk diri sendiri melambangkan keupayaannya menyembuhkan penyakit rohaniah orang lain dan dirinya, juga dengan berpandukan ajaran agama. 

If they give you the last speech of Nur Atma I and the last speech of Nur Atma II, pages 126 to 127, can you answer this question? 

 

6(a): Daripada petikan ini, nyatakan perbezaan antara Nur Atma I dan Nur Atma II. 

Sebenarnya mereka adalah satu; mereka merupakan dua aspek jiwa manusia. Daripada petikan ini kelihatan bahawa Nur Atma I melambangkan aspek jiwa manusia yang tidak berubah, iaitu identiti dirinya yang tetap sama: “Saya masih saya yang asalnya saya, saya yang telah menjadi saya sehingga sekarang dan yang akan meneruskan saya yang akan datang.” 

Nur Atma II pula melambangkan aspek jiwa manusia yang berubah sedikit sebanyak sebagai hasil pengalamannya dalam hidup: “Walaupun saya masih saya, tetapi saya bukan saya. Sebab jirusan hujan, hembusan angin, sentuhan anak yatim dan pesanan talkin tak dapat tiada? (yang hendak disebutkannya mungkin sekali “mempengaruhi dan mengubah diri saya”).  

Article type: metered
User Type: anonymous web
User Status:
Campaign ID: 1
Cxense type: free
User access status: 3
   

Did you find this article insightful?

Yes
No

Across the site