X Close

Archives

Sunday October 22, 2006

Traditional poems have forms


MAKE sure you recognise simile, metafora, hiperbola, personifikasi, paradoks, lambang/simbol, simpulan bahasa and peribahasa. 

Look at KERUSI page 3, the second last line of the second rangkap.  

Bunga kembang sudah pun layu

Here, bunga is a lambang or simbol. You may answer metafora and to a certain extent you are right since a girl is compared to a flower without using seperti, bagai, macam, umpama, ibarat, laksana, penaka, and the like. However, this metaphor is a special kind. It's widely known and accepted. In traditional Malay society and literature, bunga symbolises gadis (girl, maiden, damsel, virgin). So, you should answer: lambang (or simbol).  

Next, see the third rangkap, lines four and five:  

Setitik dijadikan laut, 

Sekepal dijadikan gunung. 

This is kiasan melampau-lampau, so the answer is hiperbola

The line after that is: 

Alam terbentang dijadikan guru. 

Do you know which figure of speech that is? Alam is treated as a human being, made a teacher. Thus, it's personifikasi. 

In “Syair Jang Pecah”, KERUSI page six, rangkap 10 of the syair, line three goes: 

Kenyanglah yu bila jong pecah. 

Take care, don’t write metafora though it is a comparison of musuh to ikan yu and masyarakat porak-peranda to jong pecah without using seperti, etc.  

Note that this refers to the proverb: jong pecah, yu kenyang. So, the answer is peribahasa

The next syair, “Syair Kelebihan Ilmu”, KERUSI page seven, in rangkap one, baris one, has:  

Ilmu itulah gemala sakti. 

Knowledge is compared to a magic bezoar stone without using seperti, etc. Therefore, this is a metafora

Seperti semarak api in “Tukang Gunting”, KERUSI page 14, third stanza, first line, is clearly a simile, for bersemarak hatinya is compared to semarak api, using seperti

In “Seloka Pak Kaduk”, ANAK LAUT, page nine, last line, we have: 

Ada rumah bertandang duduk.  

Pak Kaduk has a house but stays in someone else's home. It doesn’t seem to make sense but it does when you recall the story: Pak Kaduk mortgaged his house and land to the raja to borrow money to use as his pertaruhan in the sabung ayam. Pak Kaduk lost and couldn’t pay off the loan, so his house is no longer his and he has to bertandang duduk, i.e. menumpang rumah orang. So, the line is a paradoks

“Manusia dan Kesejahteraan”, ANAK LAUT page 19, verse three, last line, contains bermuka dua. You can tell straight away that it's simpulan bahasa, which comprises just two or three words, such as anak buah, mencangkul angin, berkaki ayam

Try your hand at recognising following figures of speech taken from the two anthologies you have studied. 

Soalan 1. Malam hiba dadanya ungu lika. 

(KERUSI, page 15, “Keindahan Yang Hilang”, verse three, line one). 

Soalan 2. Detik itu mangambang bagai mimpi (KERUSI, page 17, “Di Kota Kecilku”, verse two, line five). 

Soalan 3. Walaupun akan surut juga air peristiwa 

(KERUSI page 18, “Sejarah”, verse three, lines one and two. 

Soalan 4. Senja ini menemuiku (KERUSI page 20, “Duhai Pentafsir”, verse two, line one). 

Soalan 5. bertegang leher (KERUSI, page 79, “Sebutir Pasir Di Kaki”, line 14). 

Soalan 6. Macam mulukut di tepi gantang (ANAK LAUT, page four, “Pantun Kiasan”, rangkap two, baris four). 

Soalan 7. Ayamnya menang kampung tergadai. (ANAK LAUT, page nine, “Seloka Pak Kaduk”, line two). 

Soalan 8. Sepanjang malam air matanya membelah muka bulan. 

(ANAK LAUT, page 17, “Derita Pertama”, last verse.)  

 

Ready? Compare your answers with the following: 

Jawapan 1. Personifikasi. “Malam” diperlakukan seperti manusia, dikatakan berasa “hiba” dan “dadanya ungu luka”. 

Jawapan 2. Simile. “Detik itu” dibandingkan dengan “mimpi”. Perkataan “bagai” digunakan. 

Jawapan 3. Metafora. “Peristiwa” dibandingkan dengan “air” tanpa menggunakan “seperti” dan sebagainya. 

Jawapan 4. Lambang atau simbol. “Senja” dalam sajak ini melambangkan usia tua. Perbandingan ini difahami dan diterima dengan luas dalam kesusasteraan Melayu. 

Jawapan 5. Simpulan bahasa. Dua atau tiga patah kata yang membawa makna kiasan yang tersendiri dan sudah sebati dengan bahasa. 

Jawapan 6. Peribahasa. Kata-kata turun-menurun dari nenek moyang. Peribahasa ini boleh juga disebut “perumpamaan” kerana orang yang tidak dipedulikan oleh masyarakat diumpamakan macam melukut di tepi gantang. “Perumpamaan” ialah “simile” tradisional. 

Jawapan 7. Paradoks. Kelihatan seperti tidak munasabah kerana bertentangan tetapi menurut cerita “Pak Kaduk” memang benar; ayam yang menang itu bukan ayam Pak Kaduk lagi, sudah bertukar dengan ayam raja. 

Jawapan 8. Hiperbola. Kiasan melampau-lampau untuk menunjukkan betapa banyak air matanya dan bagaimana besar kesedihan serta penyesalannya.  

 

When you are asked about bentuk (form) of a poem, write how many rangkap it has, how many baris there are in each rangkap; then, for each rangkap, write the number of suku kata sebaris, skema rima or penggunaan rima if there is no skema, aliterasi and anafora if any. 

Take “Pantun Mengenang Nasib” (ANAK LAUT, page three). You should write, if asked for bentuk: 

Pantun ini terdiri daripada empat rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Pantun ini merupakan pantun empat kerat atau empat baris, iaitu dua baris pertama pembayang dan dua baris akhir maksud. Bilangan suku kata mematuhi peraturan iaitu lapan hingga dua belas suku kata sebaris. Skema rima setiap rangkap ialah a-b-a-b. Contohnya, dalam rangkap pertama, “rimba” sama bunyi hujungnya dengan “ditimba” manakala “Juddah” sama dengan “sudah”. Aliterasi juga digunakan, contohnya “kusangka panas sampai ke petang”, “panas” dan “petang” bermula dengan bunyi yang sama, “p”. Anafora ulangan di awal baris, terdapat dalam rangkap kedua iaitu “Kusangka” dan dalam rangkap keempat iaitu “Apa diharap”. 

For “Pantun Enam Kerat”' (KERUSI, page three), you write: Tiap satu daripada empat rangkap pantun ini terdiri daripada enam baris, jadi pantun ini dinamakan pantun enam kerat. Tiga baris pertamanya pembayang manakala tiga baris akhirnya maksud. Bilangan suku kata sebaris mengikut peraturan iaitu lapan hingga dua belas. Skema rimanya a-b-c-a-b-c. 

Contohnya, dalam rangkap pertama “dipermudah” sama bunyi hujungnya dengan “endah”; “maut” dengan “takut”; dan “juga” dengan “juga” (perkataan yang sama). Antara contoh aliterasi ialah “membawa maut” (bunyi awal “m”) dan “tak takut” (bunyi awal “t”).  

If you are given “Pantun Lapan Kerat” (KERUSI, page four), you should write: Terdapat tiga rangkap semuanya, tiap satu mempunyai lapan baris, maka disebut pantun lapan kerat. Empat baris pertama pembayang dan empat baris akhir maksud. Bilangan suku kata sebaris mematuhi peraturan iaitu lapan hingga dua belas. Skema rima a-b-c-d-a-b-c-d. Contohnya, dalam rangkap pertama, “dahan” berima dengan “Tuhan”, “situ” dengan “begitu”, “rusa” dengan “masa” dan “seberang” dengan “orang”. Aliterasi ada digunakan, contohnya “Tampak dari tanah seberang”, iaitu “tampak” and “tanah” mempunyai bunyi “t” di awal. Anafora terdapat pada ulangan perkataan “Tiada” di awal baris dalam rangkap akhir, baris enam dan tujuh. 

For a syair like “Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih” (ANAK LAUT, page seven), you can say: Petikan syair ini terdiri daripada enam rangkap. Setiap rangkap mempunyai empat baris. Bilangan suku katanya mengikut peraturan iaitu lapan hingga dua belas. Skema rima setiap rangkap ialah a-a-a-a. Contohnya, dalam rangkap pertama, bunyi hujungnya sama bagi keempat-empat baris:”'desa”, “Perkasa”, “laksa”, “masa”. Aliterasi juga terdapat, seperti “banyak berketi” iaitu persamaan bunyi di awal perkataan, “b”. 

“Gurindam Baris Hadapan”(ANAK LAUT, page eight), has the following bentuk: Gurindam ini terdiri daripada lapan rangkap dan setiap rangkap mempunyai dua baris. Bilangan suku kata sebaris menurut peraturan iaitu lapan hingga dua belas suku kata. Skema rima ialah a-a. Contohnya, dalam rangkap pertama, hujung setiap baris mempunyai bunyi yang sama, iaitu “tahu” dengan “perahu”. Contoh aliterasi pula ialah “Tidak tahu tapi”, iaitu bunyi yang sama, “t”, di awal perkataan. 

In case you get “Seloka Pandai Pak Pandir” (KERUSI, page nine), study the points in the following answer: Seloka ini mempunyai tujuh belas baris, dalam satu rangkap sahaja. Bilangan suku katanya mengikut peraturan iaitu lapan hingga dua belas suku kata. Sebagaimana yang terdapat pada kebanyakan seloka, tidak ada skema rima yang tetap. Ada rima di sana sini, contohnya “dagang”, “bertelanjang”, “pisang”, “dagang”. Aliterasi digunakan juga, seperti “dipijak, dagang dijinjing” iaitu bunyi sama, “d” di awal perkataan. Terdapat anafora di baris empat belas dan lima belas, iaitu ulangan perkataan “Orang” di awal baris. 

Sajak, modern poems, are not bound by rules such as the number of lines per stanza, the number of syllables per line, rhyme scheme, etc.  

A modern poet may choose to follow some of the characteristics of traditional poetry but there is no obligation. Let's look at two sajak and see in what ways their bentuk conform to and depart from puisi tradisional. 

Suppose you are asked to write about the bentuk of “Di Kota Kecilku” (KERUSI, page 17). You can say: Sajak ini terdiri daripada empat rangkap. Bilangan baris serangkap tidak sekata: tujuh, enam, lapan dan lapan. Bilangan suku kata sebaris tidak seperti puisi tradisional. Ada yang lima, empat dan dua sahaja. Tidak ada skema rima yang tetap, tetapi ada digunakan rima. Contohnya, dalam rangkap pertama, “pulang” dengan “sebatang” dan “dibesarkan” dengan “kenangan”, manakala tiga baris yang lain tidak berima. Aliterasi digunakan, contohnya “pada pangkat pertama”, persamaan bunyi “p” di awal perkataan. Ulangan “Di sini” di awal baris pula merupakan contoh anafora. 

For “Manusia Dan Kesejahteraan” (ANAK LAUT, page 19), you can write: Antara lima rangkap dalam sajak ini, empat mempunyai empat baris tiap satu, manakala yang akhir terdiri daripada tiga baris. Bilangan suku kata sebaris tidak seperti puisi tradisional. Ada yang sampai lima belas suku kata. Tidak terdapat skema rima yang tetap, namun rima digunakan. Contohnya, dalam rangkap pertama, “kedamaian” berima dengan “tentangan” tetapi yang dua baris lagi tidak berima. Rangkap akhir tidak mempunyai rima. Contoh aliterasi ialah “Kelelahan kita”, “Saat ini siapa lagi sanggup”. Anafora terdapat pada ulangan “Tambah” di awal baris dalam rangkap akhir. 

advertisement

Most Viewed

advertisement

advertisement